Sunday, December 26, 2010
sedih
Thursday, December 23, 2010
ngantuknyer
Monday, December 13, 2010
Doa seorang adik
Cerita ini kupetik dari IzoBlog.com..
Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.
Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.
Suatu ketika si abang berdoa memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat digunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya untuk memudahkan mereka pergi mengaji. Allah mengabulkannya. Tidak lama kemudian sebuah kereta dapat beliau miliki hasil daripada bonus pekerjaannya.
Lalu si Abang berdoa memohon seorang isteri yang sempurna. Lalu Allah mengabulkan permintaannya. Tidak lama kemudian si abang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik budi bahasa serta perangainya.
Kemudian berturut-turut si Abang berdoa memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang menyenangkan, dan lain-lain lagi dengan tekad supaya beliau lebih mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Dan Allah mengabulkan semua doanya itu.
Sementara itu, si Adik tidak ada perubahan sama sekali. Hidupnya masih sama seperti dahulu. Tetap sederhana. Masih lagi tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang suatu ketika dulu pernah menempatkan beliau bersama dengan abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya, beliau tidak dapat mengikuti pengajian dan si Adik pula seringkali berjalan kaki untuk mengaji ke rumah guru mereka.
Suatu ketika si Abang merenung dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila beliau berdoa; menunjukkan adiknya tidak pernah menghafal bacaan untuk berdoa.
Lalu datanglah si Abang kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh untuk membersihkan hatinya kerana dia merasakan yang adiknya masih berhati kotor sehingga doa-doanya tidak dikabulkan oleh Allah S.W.T.
Si Adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat yang berguna itu.
Hingga suatu saat si Adik meninggal dunia. Si Abang terasa sedih kerana sehingga sampai ke akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi beliau merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya kerana doanya yang tidak pernah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Si Abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertumpu pada selembar kertas yang terlipat di dalam sejadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan doa. Diantara tulisan tersebut ialah surah Al-Fatihah, Solawat, doa untuk guru mereka, doa selamat dan ada kalimah di akhir doanya:
“Ya Allah. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Mu. Ampunilah aku dan abangku. Kabulkanlah segala doa abangku, bersihkanlah hatiku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat.”
Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya. Beliau terharu dan tidak pernah menyangka yang adiknya tidak pernah sekalipun berdoa untuk memenuhi nafsu duniawinya.
Moral daripada kisah ini ialah mungkin kejayaan kita pada hari ini adalah doa orang-orang yang sayangkan kita. Jadi janganlah kita berasa sombong dan megah.
mc
Sunday, November 28, 2010
alhamdulillah....
Wednesday, November 24, 2010
beratnyerrrr....
Aku betul-betul rindu padanya...rindu yang amat sgt..rindukan senyumannya...belaiannya....gelak ketawanya...pandangan matanya....arghhh...semuanyalah....
Aku betul2 buntu..tak tahu di mana salahku..di mana silapku...kenapa semua ini berlaku secara tiba2..kenapa semua ini berlaku di saat aku sedang sarat sebegini rupa...Aku betul2 penat..penat yang amat sgt...rasa seperti ingin terbang jauh..jauh dari segala2 yang ada sekarang..tapi..aku bukan begitu..apa akan jadi dengan org sekeliling yang menyayangi aku,kalau aku lari begitu sahaja?tidak kah aku dinamakan org yang penting kan diri sendiri?
Sekarang ini..apa yang mampu aku lakukan adalah dengan hanya berdoa agar semua yang berlaku skrg,akan pulih seperti sedia kala atau pun menjadi lebih baik dari yang sebelumnya..Buat dirinya...katakan lah apa salahku..aku hanya insan yang lemah..tak sedar apa kesalahan ku...
Monday, November 22, 2010
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Tuesday, October 12, 2010
sarat ..........
Wednesday, September 22, 2010
aidilfitri 2010


Tahun ni pecah rekod..raya, aku tak amik cuti...balik terenganu pun sekejap aje..nak buat mcm mana...Suami aku tak dapat cuti..aku ni kan hanya menurut perintah...tak apelah..nanti raya haji buleh le aku abiskan cuti aku yang hanya tinggal bape kerat aje tu..Ckp pasal raya..yang paling happy tentulah budak2 kan..terutama sekali anak2 aku..masa bulan pose lagi derang dah tak sabar2 nak balik kg..hari2 try baju raya..sampai naik rimas aku..Tapi tak kisah sume tu...janji anak2 aku happy
hari sukan tadika firdhaus
Sunday, September 5, 2010
perasaan....
Monday, July 26, 2010
Wednesday, June 2, 2010
kerja?
Monday, April 26, 2010
aku rindu dirimu yang dulu...
Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.
Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua
Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula
Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi
Tuesday, April 20, 2010
kembali terjalin
Thursday, January 14, 2010
pencarian kwn² lama..
