Thursday, October 20, 2011

Kebahagiaan seseorang manusia tak semestinya
dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya
membuat yg terbaik dalam apa saja yg datang
didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak
kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka,
mereka yang dah mencari dan mereka yg dah
mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai
kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup
mereka....

Friday, October 7, 2011

beratnya nak melepaskan...

kadang² dalam sesuatu hal,kita perlu melepaskan sesuatu yang amat kita sayangi demi masa hadapan kita.Sebagai contoh..sani sayang kan linda,tapi terpaksa melepaskannya sebab sayangkan siti..isterinya sendiri...hahahahhaha...

bukan itu lah..

sani sayang kan kereta wajanya..tapi demi keselesaan dan kesenangan masa hadapan,sani terpaksa melepaskan wajanya demi ezorra...itu cite sebenarnya..dahla wajanya nya itu baru aje ditukar tayar baru..siap ngan sport rim baru lagi..tapi tu lah nak buat mcm mana kan..mmg berat hati tu nak melepaskannya....

tapi,walaupun kita dah melepaskannya,ikatan tu takkan terputus sebenarnya..sebab kita masih lagi nampak dia,kita masih boleh rasa dia..so..sampai bila² lah perasaan tu takkan hilang..hai,merajuk lah exorra..

Thursday, October 6, 2011

salah siapa???

aku? engkau atau dia??..salah siapa??

tak payah lah nak menunding jari..sume bersalah..dok diam²..fikir lah sendiri...

cuma aku nak tanya

hati siapa yang paling sakit dalam hal ni?

hati siapa yang paling hancur dalam hal ni?

kenapa tak boleh jawab?

kenapa nak mengangis?

siapa yang sepatutnya menangis?

aku ke atau kau?

kau nak menangis buat apa? ha , buat apa?

aku tanya, jawab lah..

tak de guna kau menangis..sebab kau mmg dah tau inilah kesudahannya..

Wednesday, October 5, 2011

JIKA SUAMI MENANGIS…

Tiada apa, tiada kata, tiada perbuatan, tiada pendengaran, tiada penglihatan yang perlu diungkapkan, dirungkaikan lagi betapa si suami telah meletakkan maruah dan harga dirinya ditempat yang paling rendah dan telah meninggalkan segala sifat EGO dan sifat kelakian kerana amat menyayangi isteri & keluarganya…

Di mana lagi si suami ingin kembali mencari maruah dan harga diri yang telah ditolak tepi demi isteri dan keluarganya…di depan isterinya si suami menangis tersedu-sedu menunjukkan betapa ikhlasnya si dia itu. Namun itu semua tidak menjadi kudis bagi si suami w/pun maruah & harga diri seorang suami dan lelaki telah hilang asalkan isterinya bahagia dan gembira ke akhir hayat…

Berkorban apa saja

Jasad ataupun nyawa

Tuesday, October 4, 2011

perampas

kau perampas kebahagian hidup ku..ko perampas segalanya...ahhahahah..ckp belakang blh la..cuba ckp depan²..puii...tak berani punye....Ini bukan soal berani atau tak ..ini soal hati...soal hati kite tak blh nak main²..dia bukan nye bola yang boleh di sepak kesana kemari..

Cinta....

cinta,kadang² dengan cinta org boleh tersenyum sepanjang hari..tapi dengan cinta juga org blh menangis sepanjang hari..kenapa cinta begitu kuat penangannya?sebab cinta melibatkan hati..bila dah melibatkan hati..tu yang wujudnya perampas..

"aku mana tau yg aku akan sayangkan dia sampai begitu sekali..aku ingat nak berkongsi kesedihan dengan dia saje,tak terniat pun nak jatuh cinta dengan dia"...itu kata² orang yang tak ada hati..

"tak kira,abang kena gak pisah kan dia" kata isteri..."oklah demi sayang,abang sanggup tinggalkan dia" kata suami...ingat cinta blh hilang dengan kata² itu je ke..ingat si isteri tu bodoh ke?

Aku tak tau kenapa aku bukak topik ni...cuma aku terpikir betapa hebatnya penangan cinta..cinta kepada manusia akan mati.tapi cinta pada Allah,buat selamanya...

--berilah hidayah kepada ku Ya Allah...--