Thursday, July 23, 2020

2020

selamat tahun baru sume..x kisahlah..lambat pun..biar lambat dari tiada kan..ahakzzz...18 mac 2020..tarikh yg akan dimasukkan dalam buku sejarah anak2 kita nanti..buat pertama kalinya dalam Malaysia dikenakan PKP(perintah kawalan pergerakan)..Semuanya gara2 Covid 19..sejenis virus yang telah menyerang hampir pelusuk dunia x terkecuali Malaysia..

So..aku yg x pernah2 dok melepak kat rumah ..akhirnya hampir 3 bulan melepet kat rumah bersama anak2..Kecuali suami aku ye..sebab ..musim2 covid ni,dialah yang paling bz..bz membunuh virus..

aku abiskan masa kat rumah dgn mengubahsuai rumah.dari cat putih,tukar cat kaler lain..x kisah lah x cantik pun..janji ada perubahan..

Byk juga perubahan yang berlaku dalam Malaysia,hidup aku.family aku..disebabkan PKP ini..yang pastinya sume perubahan kearah yang positif..byk benda kalau nak diceritakan..tapi ..masa tgh menaip entry ni..aku tgh kejar dateline projek Macdonald..entah kenapa,setelah sekian lama..ari ni pulak aku teragak nak menjenguk blog ni..

Anyway...hidup aku sudah semakin bagus..bukan sebab suamiku berubah perangai..dia tetap sama..apa  yang dia buat pun tetap sama..cuma aku sudah semakin matang..matang untuk bersedia menghadapi hari2 mendatang..

Oh ya..aku lupa nak cerita pasal mak aku..next entry ye..nak sambung kerja balik..
Assalammualaikum...


Engkau Yang Ku Cinta – Achik Spin

kadang2 perasaan kita blh digambarkan melalui penulisan..melalui perbuatan ataupun percakapan..namun bagiku,,bait2 lirik dalam lagu dibawah memang menggambarkan perasaan ku saat ini..so, dengarkan lah wahai suamiku..(ntah bila suami aku nak dengar pun x tau..sebab dia x tau pun pasal blog aku  ni)


Sering kau tanyakan cintaku dimana
Sering kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati

Yang sebenarnya engkau aku cinta
Permata dalam rindu ku hadiah untukmu
Saling memerlukan bila berjauhan
Harap kau mengerti perasaan ini

Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan

Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cinta
Itulah yang sebenar-benarnya

Yang sebenarnya engkau aku cinta
Permata dalam rindu ku hadiah untukmu
Saling memerlukan bila berjauhan
Harap kau mengerti perasaan ini

Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan

Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cintai
Itulah yang sebenar-benarnya

Usah kau tanyakan cintaku dimana
Cukup kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati.. kecilku…

Sunday, February 26, 2017

..........................

ni perasaan aku sekarang..ermm nothing much to say..sedih..sedih..sedih..

Tuesday, September 22, 2015

entry 2015

Alhamdulillah....Allah masih panjang kan lagi nyawa aku...dapat lagi aku mencoret luahan rasa untuk tahun 2015..dah nak habis tahun dah kan...serius ckp,aku bz..x sempat langsung nak bukak blog..

pada sesiapa yg x tahu,alhamdulillah pada 26 januari 2015 tempoh hari..aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Siti Cahaya Irdina..Bayi seberat 2.8 kg dilahirkan di Hospital Serdang pukul 2 ptg..sekarang,ketika aku menulis entry ini,bayi ku itu sudah pon berumur 8 bulan..sekejap je kan masa berlalu..

 
 
 
 
alamak...tadi punye lah byk cerita yg aku nak coretkan..tapi ..bila dah ada gangguan,terus x ade idea..oklah..jumpa next entry..hahhaha

Monday, June 30, 2014

anak-anakku




























 Ini anak aku yg no 3..Siti bartisyia Farhana..orgnya nakal,buas dan degil..tapi selalu buat kita gembira dengan telatahnya yg selamba..x byk ragam..senang nak jaga...berdikari..kakak dia pula semakin hari semakin matang..lebih matang dari abg dia..dari segi ketinggian pun sama,sudah mengalahkan abg dia..perangai pun blh tahan jugak..kena berhati2 kalau berckp,takut salah ckp,meraung jadinya..baik abg dia,semacam x ade perasaan aje,org kutuk ke,org puji ke,sama je..kesihatannya Alhamdulillah,semua anak2 aku sihat walafiat..semoga anak2 ku menjadi anak2 yg soleh dan solehah..mama sayang korang sume...

 
 

ahli baru

Alhamdulillah..Akhirnya aku disahkan mengandung anak ke-4..bermakna isya akan dapat adik..firdhaus dengan Alia punye lah suka..cuma isya je x berapa suka..yelah,lepas ni dia tak blh manja2 lagi..hehehhe..itu pun dia marah kalau org panggil dia isya..dia suruh org panggil dia baby..konon2 nya dia lah anak paling kecil..heheheh isya..isya...

Insha Allah 26 hb januari tahun hadapan aku dijangka bersalin..tak kisahlah bila2..janji kandungan aku sihat..semasa entry ini ditulis,kandungan ku sudah berusia 10 minggu tepat..kira2 2 bulan stengah..panjang lg masa yg perlu aku tempuh..sepanjang itulah aku sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku dlm keluarga aku ini..

Aku suka mengandung..x tau kenapa..walaupun pernah satu ketika dahulu,disebabkan aku mengandung lah hubungan aku dgn suami aku berentakkan..hampir dua tahun juga aku amik masa untuk pulihkan hubungan kami..naik kering dah air mata ini..sesungguhnya Allah maha mengetahui pada setiap perkara yg berlaku...aku redha..

Aku berharap sgt2 agar mengandung kali ini aku tidak lagi sedih mcm dulu2...tapi,baru 2 bulan mengandung,aku dah mula rasa sedih..sedih sebab dipersalahkan dlm setiap hal..setiap masa dan ketika hanya kelihatan kelemahan dan kekurangan aku..

Aku hanya mampu berdoa agar aku mampu bertahan....