Sunday, December 26, 2010

sedih

hari ini..hari yang paling sedih buat aku...tak terucap rasanya...sedih yang teramat sgt...hanya tuhan sahaja yang tahu hati dan persaan aku ketika ini

Thursday, December 23, 2010

ngantuknyer

Hari ini tak tau kenapa..mata aku mengantuk sgt...buat keje sikit...lelap..pedih aje mata aku ...itu pun aku dah selit2 kan dgn keje lagho yang lain..itu pun mengantuk jugak...Tapi mmg 2-3 minggu ni aku kurang tido..yelah mlm2 bape kali aku bangun pegi bilik air..tu belum anak aku kejut suruh teman kencing lagi...adesss....yang tu sume aku tak kisah pun sebenarnya..yang aku runsing, keje aku ni...dah le aku nak kena siapkan sebelum aku bersalin...sempat ker aku buat..ish..tak leh jadi ni..aku kena tido gak sejam ..(masa rehat lah)..pastu tgh hari ni aku kena pulun gak wat keje..at least progress tu nampak..semoga aku berjaya...

Monday, December 13, 2010

Doa seorang adik

Cerita ini kupetik dari IzoBlog.com..


Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdoa memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat digunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya untuk memudahkan mereka pergi mengaji. Allah mengabulkannya. Tidak lama kemudian sebuah kereta dapat beliau miliki hasil daripada bonus pekerjaannya.

Lalu si Abang berdoa memohon seorang isteri yang sempurna. Lalu Allah mengabulkan permintaannya. Tidak lama kemudian si abang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik budi bahasa serta perangainya.

Kemudian berturut-turut si Abang berdoa memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang menyenangkan, dan lain-lain lagi dengan tekad supaya beliau lebih mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Dan Allah mengabulkan semua doanya itu.

Sementara itu, si Adik tidak ada perubahan sama sekali. Hidupnya masih sama seperti dahulu. Tetap sederhana. Masih lagi tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang suatu ketika dulu pernah menempatkan beliau bersama dengan abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya, beliau tidak dapat mengikuti pengajian dan si Adik pula seringkali berjalan kaki untuk mengaji ke rumah guru mereka.

Suatu ketika si Abang merenung dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila beliau berdoa; menunjukkan adiknya tidak pernah menghafal bacaan untuk berdoa.

Lalu datanglah si Abang kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh untuk membersihkan hatinya kerana dia merasakan yang adiknya masih berhati kotor sehingga doa-doanya tidak dikabulkan oleh Allah S.W.T.

Si Adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat yang berguna itu.

Hingga suatu saat si Adik meninggal dunia. Si Abang terasa sedih kerana sehingga sampai ke akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi beliau merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya kerana doanya yang tidak pernah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Si Abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertumpu pada selembar kertas yang terlipat di dalam sejadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan doa. Diantara tulisan tersebut ialah surah Al-Fatihah, Solawat, doa untuk guru mereka, doa selamat dan ada kalimah di akhir doanya:

“Ya Allah. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Mu. Ampunilah aku dan abangku. Kabulkanlah segala doa abangku, bersihkanlah hatiku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat.”

Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya. Beliau terharu dan tidak pernah menyangka yang adiknya tidak pernah sekalipun berdoa untuk memenuhi nafsu duniawinya.

Moral daripada kisah ini ialah mungkin kejayaan kita pada hari ini adalah doa orang-orang yang sayangkan kita. Jadi janganlah kita berasa sombong dan megah.

mc

Hari ni aku mc..semalam masa kat opis rasanya kepala ni mcm nak dihantuk2 aje kat dinding..sakit nye tuhan saja yang tahu..Kalau tak ade keje kat opis mesti aku sedang berehat dengan aman kat umah hari ni..tapi disebab kan keje melambak...rasa mcm bersalah pulak..tak sedap hati pun ade..walaupun aku tahu,ini semua bukan disengajakan..Malam tadi lepas aje makan ubat..terus aku cirit birit pulak..adesss..aku puntak tau apa masalah aku sebenarnya..sakit nye perut aku tak terkata..pagi ni pulak..kepala rasa kurang sikit..tapi cirit birit pulak yg tak berhenti..

Kalau ikut kan hati..ada banyak perkara yang ingin aku lakukan hari ni..contohnya..gi pasar..lama jugak aku dah tak kepasar..asyik main beli kat kedai aje.nak gi giant..nak jalan2..yelah..time2 cuti sensorang mcm ni lah kalau nak tenangkan fikiran yang sememangnya kusut..apalagi...ermmm ooo..nak potong rumput yg kat depan umh aku..yang mana rumput lagi panjang dari bunga..Tapi tu arr..larat ke aku..nak angkat pasu2 tu..kang ade pulak yang terberanak ari ni..

Sok mak aku ade checkup kat IJN..mak kata nak tidur umah aku semalam..Tiba2 aku terfikir..baik anak2 aku ikut mak tok dia balik kg..nanti hari jumaat pas keje aku balik tapah naik bas..yelah..hujung minggu ni papa derang dah start kelas..kalau tak ade kelas pun..kompom bz ngan kursus..Sekarang ni aku tak blh nak ckp banyak..aku kena akur dengan setiap katanya..sebab aku tahu kesudahannya aku yang akan sedih..Biarlah..papa derang ni keje pun bukan untuk sesiapa..untuk aku ngan anak2 jugak..Masa2 begini lah aku kena lebihkan tumpuan untuk anak2 aku..kalau blh aku tak nak anak2 aku jadi mcm aku dulu..kurang kasih sayang pada ayah sendiri..akibatnye sampai skrg hubungan anak beranak tu tak berapa nak baik..

Suami aku sendiri pulak anak bongsu yg tiada ayah..so dalam hal ni tak mustahil suami aku bersikap sedemikian..Tak pe..aku paham..Yang pasti..aku akan jaga keluarga ini sebaik yang mungkin selagi aku termampu..Aku tahu Allah sentiasa bersikap adil pada setiap umatnya..setiap apa yang diuji..semua ade penjelasannya...