Tuesday, August 11, 2009

~Cinta Sang Ratu~


"Cinta sang ratu,laksana langit mencengkam purnama,ibarat mutiara di lautan biru,saujana mata memandang,seluas langit terbentang.

tatkala cinta berbisik,suaranya memuji TUHAN,pabila rindu terusik,rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan

Sang ratu menjadi impian."


Berjaya sungguh Ramlee Awang Musryid membawa aku menyambung pengembaraan laksamana Sunan dari 'Bagaikan Puteri' hingga ke 'Cinta Sang Ratu'.Sesungguhnya apa yang dilalui oleh 'Lelaki berduka dari Tanah Rencong' itu tidak terbayang rasanya aku bagaimanakah perasaannya pada ketika Sang Ratu meninggal...Sungguh mendalam cerita ini..


'KAU anugerahkan aku dengan cinta fitrah.Kemudian KAU jodohkan aku dengan Sang Ratu..KAU uji aku dengan kehilangan serta kematian dan sekarang aku hidup seperti sebatang kara.Tapi aku tidak merasakan sedemikian kerna percaya KAU menyayangi aku ya RABB.Aku mengerti...cinta ku kepada-MU tidak sehebat cinta kekasih-MU Muhammad...tapi andai KAU anugerahkan sisa cinta Muhammad itu kepadaku..itu sudah memadai bagiku'



"Sebagai manusia..aku sayang padamu"


Dan sebagai manusia jugalah aku berasakan novel ini mampu memberi impak yang besar kepada pembacanya..terutama nya aku...

Novel ini mengajar aku supaya sentiasa menyerahkan diri pada yang ESA walau apa sekali badai yang melanda..Sesungguhnya...wujudkan lelaki seperti Laksamana Sunan di abad ke-21 skrg?kalau wujud di manakah gerangannya?

Bagaikan Puteri


"Apabila hujan turun,melimpah lah air dari perbukitan,aliran menujah ke batu,melekuk tanda waktu beralih,seiring nyawa menghanyut usia,sejalan nafas melangkah ke hujung"

"Awan kalau dapat dicapai.....maka saktilah hamba."

"Kamu bagaikan puteri.....Haryani."

~Laksamana Sunan~

"Kamu dipisahkan oleh satu hijab yang tak terlihat.
hijab?
ya...hijab itu adalah ....kematian"

Percintaan yang begitu tulus.Walaupun berlainan dimensi.Segala apa yang terjadi di kuala lumpur mahu pun di tanah melayu penghujung kurun ke -15,berlakunya adalah dengan kehendak Allah.
Aku sungguh tertarik dengan watak Saifudin..pemuda kampung yang telah difitnah.lalu melarikan diri hingga ke Aceh...dan di situ lah dia belajar menjadi seseorang yang digelar Laksamana Sunan.Laksamana yang dihormati dan digeruni oleh semua jenis makhluk jahat.
Walaupun mempunyai perasaan kasih terhadap Haryani..gadis yang datang dari dimensi lain..namun jihadnya terhadap agama islam tak pernah pudar.

Sungguh aku cakap...aku suka novel ni..tak sabar rasanya untuk membaca sambungan nya...

Andai itu takdirnya


"Hidup tak selamanya menongkat langit.Yang hakiki akan tiba jua.Yang hidup akan mati.Itu hakikatnya dan waktu itu penyesalan,keinsafan sudah tidak berguna lagi.Bertaubatlah sebelum kita terlambat.Allah itu Maha Pengampun dan Maha mengasihani."


Itu lah bait-baik kata yang terselit dalam novel Andai itu takdirnya karya Siti Rosmizah yang begitu menyentuh perasaan ku..Kadang-kadang aku terfikir,mampukah aku untuk menjadi seseorang seperti Aleya,mmg betul aku tak boleh menjadi orang lain,kerana aku adalah aku..Tapi aku boleh menjadi yang terbaik dari yang terbaik..seperti kata Syed Azril.
Penulis novel "Andai itu takdirnya" mmg pandai bermain dengan hati dan perasaan.Walaupun ceritanya kedengaran seperti berulang-ulang,tapi ia mampu untuk membuatkan hati kecil ku menangis sekaligus membawa aku masuk ke alam Leya.Alam di mana Leya tamat belajar,mula bekerja di SA holding,bercinta dengan Syed Azril yang mmg diminatinya dari sejak menuntut di Universiti of Warwick,united Kingdom dan berkahwin secara terpaksa dengan Syed Azril di mana bermulanya titik-titik hitam dalam diari hidupnya. Entah mengapa aku dapat merasakan betapa beratnya beban perasaan yang ditanggung oleh Leya.Ternyata penulis berjaya bermain dengan perasaan ku.
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya.Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi.Saya pekak kan telinga mendengar cemuhan masyarakat keliling"luahan Leya.
Sudah lama aku tak membaca novel sebegini..Tahniah ku ucapkan buat Siti Rosmizah.

Tuesday, August 4, 2009

Dugaan Allah



Akhirnya...tanggal 31 julai 2009..beranak juga sepupu aku.dekat 3 minggu jugak dia lewat..ntah bape kali masuk spital..naik jemu gak nunggu nye.. tu arr..mengandung ni payah kalau kita nak duga..coz setiap anak berbeza-beza dugaannye..yang pertama mcm ni..yg kedua mcm ni..ha..mcm tu la..


Mcm tu jugak le dengan opismate aku..k.za...skrg ni ada kat wad..spital serdang..ari ni kena operate..paksa beranak..coz..anak melintang..pastu ada komplikasi lain..ish..ish..aku dgr..terasa cuak pun ada..yelah untung nasib kite mana nak tau..Aku sebagai sahabat..hanya mampu berdoa agar semuanya selamat dan dilindungi Allah.


Satu lg berita yang aku terima pagi ni..sepupu aku baru darjah 4 kena langgar kereta smlm masa baru balik sekolah..adess..adess..terperanjat besar aku...skrg ni ade kat spital yg sama dgn opismate aku..


Pagi2 lagi aku dah dikejutkan dgn berita2 seperti ini..Tapi yelah..aku manusia..semua dugaan2 ini sebenarnya dlm diam mengingatkan aku supaya lebih berhati2 dalam kehidupan seharian..
Aku pulak semenjak dua menjak ni selalu sgt lalai..mcm semalam..mcm mana aku blh tertinggal enset aku kat opis..tu yg byk berita aku baru tau pagi ni..pasni aku kena sentiasa beringat...azam tu...
Kadang2 setiap saat dan minit yang berlalu bagaikan cuba untuk memberitahu kita sesuatu.Sesuatu yang kita harus sedar atau prihatin agar kita lebih bersedia..Tetapi kita manusia..sentiasa lupa..sebenarnya bukan lupa..tapi tak pernah nak amik tahu pun...So..tepuk dada bukan tanye selera..tapi tanye iman dalam diri kita ni...Adakah kita sudah cukup kuat untuk menghadapi semua dugaan ini?
Sok dah nak Nisfu Syaaban..mcm mana yer penilaian aku untuk tahun ni?hanya Allah sahaja ynag tahu...