Monday, October 12, 2009

alhamdulillah

hampir setahun bertungkus lumus ...akhirnye siap juga keje..keje aku la..keje org yang QC lom lg..tu dah kira bukan urusan aku..tapi sikit sebanyak kadang² rasa cuak jugak la..yelah mana tau..kot² ada yang tertinggal ke..tersalah buat ke..aku ni bukan percaya sangat..tgh² lukis jalan pun boleh lelap..hehhehehe....hopefully batch kali ni tak ada komen sgt..kalau ada pon komen yang baik² saje..dan semoga tahun hadapan still blh continue with this project..

Tuesday, August 11, 2009

~Cinta Sang Ratu~


"Cinta sang ratu,laksana langit mencengkam purnama,ibarat mutiara di lautan biru,saujana mata memandang,seluas langit terbentang.

tatkala cinta berbisik,suaranya memuji TUHAN,pabila rindu terusik,rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan

Sang ratu menjadi impian."


Berjaya sungguh Ramlee Awang Musryid membawa aku menyambung pengembaraan laksamana Sunan dari 'Bagaikan Puteri' hingga ke 'Cinta Sang Ratu'.Sesungguhnya apa yang dilalui oleh 'Lelaki berduka dari Tanah Rencong' itu tidak terbayang rasanya aku bagaimanakah perasaannya pada ketika Sang Ratu meninggal...Sungguh mendalam cerita ini..


'KAU anugerahkan aku dengan cinta fitrah.Kemudian KAU jodohkan aku dengan Sang Ratu..KAU uji aku dengan kehilangan serta kematian dan sekarang aku hidup seperti sebatang kara.Tapi aku tidak merasakan sedemikian kerna percaya KAU menyayangi aku ya RABB.Aku mengerti...cinta ku kepada-MU tidak sehebat cinta kekasih-MU Muhammad...tapi andai KAU anugerahkan sisa cinta Muhammad itu kepadaku..itu sudah memadai bagiku'



"Sebagai manusia..aku sayang padamu"


Dan sebagai manusia jugalah aku berasakan novel ini mampu memberi impak yang besar kepada pembacanya..terutama nya aku...

Novel ini mengajar aku supaya sentiasa menyerahkan diri pada yang ESA walau apa sekali badai yang melanda..Sesungguhnya...wujudkan lelaki seperti Laksamana Sunan di abad ke-21 skrg?kalau wujud di manakah gerangannya?

Bagaikan Puteri


"Apabila hujan turun,melimpah lah air dari perbukitan,aliran menujah ke batu,melekuk tanda waktu beralih,seiring nyawa menghanyut usia,sejalan nafas melangkah ke hujung"

"Awan kalau dapat dicapai.....maka saktilah hamba."

"Kamu bagaikan puteri.....Haryani."

~Laksamana Sunan~

"Kamu dipisahkan oleh satu hijab yang tak terlihat.
hijab?
ya...hijab itu adalah ....kematian"

Percintaan yang begitu tulus.Walaupun berlainan dimensi.Segala apa yang terjadi di kuala lumpur mahu pun di tanah melayu penghujung kurun ke -15,berlakunya adalah dengan kehendak Allah.
Aku sungguh tertarik dengan watak Saifudin..pemuda kampung yang telah difitnah.lalu melarikan diri hingga ke Aceh...dan di situ lah dia belajar menjadi seseorang yang digelar Laksamana Sunan.Laksamana yang dihormati dan digeruni oleh semua jenis makhluk jahat.
Walaupun mempunyai perasaan kasih terhadap Haryani..gadis yang datang dari dimensi lain..namun jihadnya terhadap agama islam tak pernah pudar.

Sungguh aku cakap...aku suka novel ni..tak sabar rasanya untuk membaca sambungan nya...

Andai itu takdirnya


"Hidup tak selamanya menongkat langit.Yang hakiki akan tiba jua.Yang hidup akan mati.Itu hakikatnya dan waktu itu penyesalan,keinsafan sudah tidak berguna lagi.Bertaubatlah sebelum kita terlambat.Allah itu Maha Pengampun dan Maha mengasihani."


Itu lah bait-baik kata yang terselit dalam novel Andai itu takdirnya karya Siti Rosmizah yang begitu menyentuh perasaan ku..Kadang-kadang aku terfikir,mampukah aku untuk menjadi seseorang seperti Aleya,mmg betul aku tak boleh menjadi orang lain,kerana aku adalah aku..Tapi aku boleh menjadi yang terbaik dari yang terbaik..seperti kata Syed Azril.
Penulis novel "Andai itu takdirnya" mmg pandai bermain dengan hati dan perasaan.Walaupun ceritanya kedengaran seperti berulang-ulang,tapi ia mampu untuk membuatkan hati kecil ku menangis sekaligus membawa aku masuk ke alam Leya.Alam di mana Leya tamat belajar,mula bekerja di SA holding,bercinta dengan Syed Azril yang mmg diminatinya dari sejak menuntut di Universiti of Warwick,united Kingdom dan berkahwin secara terpaksa dengan Syed Azril di mana bermulanya titik-titik hitam dalam diari hidupnya. Entah mengapa aku dapat merasakan betapa beratnya beban perasaan yang ditanggung oleh Leya.Ternyata penulis berjaya bermain dengan perasaan ku.
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya.Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi.Saya pekak kan telinga mendengar cemuhan masyarakat keliling"luahan Leya.
Sudah lama aku tak membaca novel sebegini..Tahniah ku ucapkan buat Siti Rosmizah.

Tuesday, August 4, 2009

Dugaan Allah



Akhirnya...tanggal 31 julai 2009..beranak juga sepupu aku.dekat 3 minggu jugak dia lewat..ntah bape kali masuk spital..naik jemu gak nunggu nye.. tu arr..mengandung ni payah kalau kita nak duga..coz setiap anak berbeza-beza dugaannye..yang pertama mcm ni..yg kedua mcm ni..ha..mcm tu la..


Mcm tu jugak le dengan opismate aku..k.za...skrg ni ada kat wad..spital serdang..ari ni kena operate..paksa beranak..coz..anak melintang..pastu ada komplikasi lain..ish..ish..aku dgr..terasa cuak pun ada..yelah untung nasib kite mana nak tau..Aku sebagai sahabat..hanya mampu berdoa agar semuanya selamat dan dilindungi Allah.


Satu lg berita yang aku terima pagi ni..sepupu aku baru darjah 4 kena langgar kereta smlm masa baru balik sekolah..adess..adess..terperanjat besar aku...skrg ni ade kat spital yg sama dgn opismate aku..


Pagi2 lagi aku dah dikejutkan dgn berita2 seperti ini..Tapi yelah..aku manusia..semua dugaan2 ini sebenarnya dlm diam mengingatkan aku supaya lebih berhati2 dalam kehidupan seharian..
Aku pulak semenjak dua menjak ni selalu sgt lalai..mcm semalam..mcm mana aku blh tertinggal enset aku kat opis..tu yg byk berita aku baru tau pagi ni..pasni aku kena sentiasa beringat...azam tu...
Kadang2 setiap saat dan minit yang berlalu bagaikan cuba untuk memberitahu kita sesuatu.Sesuatu yang kita harus sedar atau prihatin agar kita lebih bersedia..Tetapi kita manusia..sentiasa lupa..sebenarnya bukan lupa..tapi tak pernah nak amik tahu pun...So..tepuk dada bukan tanye selera..tapi tanye iman dalam diri kita ni...Adakah kita sudah cukup kuat untuk menghadapi semua dugaan ini?
Sok dah nak Nisfu Syaaban..mcm mana yer penilaian aku untuk tahun ni?hanya Allah sahaja ynag tahu...


Wednesday, July 29, 2009

~~~CINTA~~~


Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya


Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan


Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

yeah...awin kawin



awin...member sekelas..serumah..sebilik...

sabtu 11 julai 2009..sesungguhnya pasti menjadi tarikh yg paling istimewa buat awin .Terjalinya satu ikatan antara cucu Adam dan Hawa.Aku sebagai sahabat tumpang merasa kebahagian yang pernah aku rasai dahulu hinggalah sekarang.

apa pun sedih gak coz member serumah yang lain tak dpt datang..yelah..tak dapat nak berkongsi kegembiraan bersama.masa belajar dulu..selalu gak kami berangan-angan ..."agak-agak..aku kawin ngan sape ek"tu ayat Leen qoop..."agak-agak aku kawin ngan sani nanti mcm mana majlis nye yer." hehehhe..tu ayat aku lah tu..

yang pasti nye...bergelar sahaja isteri... wujud lah satu episod baru dalam hidup kita..semoga aku dan yang lain dapat menjalan kan tanggung jawab sebagai isteri dengan baik sekali..itulah yang sering aku doakan selepas saja bersolat.Melihatkan keadaan ku semasa bujang..pasti orang tak menyangka yang aku ni dulu seorang yg panas baran..kuat merajuk..kuat memberontak..dan bermacam-macam lg perangai buruk..

Sejak bergelar isteri..sejak mengetahui yg tanggungjawab ku semakin berat..aku jadi takut.....takut aku tak mampu untuk menggalas tanggungjawab dengan baik..Nak kata aku berubah..tak juga..aku tetap aku..mcm mana suami ku dapat menerima aku semasa bujangnya..begitu lah dia harus menerima qada'dan qadar yg aku tetap aku.Aku tak mampu menjadi orang lain...

Thursday, July 16, 2009

Saya Sayang Awak


Hari tu kita gaduh
Saya main-main.
Awk ingat betul-betul
Tak tau nk buat mcmana lg
Lantak awk lah

Semlm kita berselisih..
Saya buat dunno
Awak pandang saya
Saya buat dunno jugak

Degilnyer saya..
Saya nmpk awak
Saya nk panggil
Tapi awak x toleh
Sebab saya panggil awak dalam hati

Bodohnya saya..

Awak tegur saya
Saya buat dunno
Tapi awak xtahu happynya saya
Saya dengar awak cerita
Awak kata dah jatuh cinta

Sedihnyer saya

Awak keluar tgk wayang
Saya pun
Awak keluar dengan dia
Saya tengok aje

Awak call saya
Mengacau betul.
Tgh tido lah
Saya layankan aje

Awak ckp awak dah putus
saya senyum sampai ke telinga
Tapi awak tak nampak
Saya cakap..
Kesiannya awak..

Hipokritnya saya

Hari ni hari jadi saya
Tapi awak luper
Saya sedih.
Tapi takpe.awak bukannya sesiapa

Awak mintak maaf
Saya senyum aje
Saya kata tak kisah
Awak belanja tgk national treasure
Isk tak romantik nyer

Tapi best per
Saya dapat bunga
Cantik suker sgt
Tapi tak tahu sape pengirimnya
Awak nampak
Awak terus balik

Saya panggil awak
Tapi awak tak toleh
Saya Cuma nak bgtahu

Awak.!!!!!LORI!!!!!!!!!

Saya kejar awak
Awak terus jalan
Saya tolak awak.
Awak jatuh.

Saya nampak lori
Betul-betul depan saya
Kalau ia sempat
Saya nak bagitahu.

Awak..SAYA SAYANG AWAK

DOSA YG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak(menyiksa) hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam Silakan masuk Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya..Apakah dosamu wahai wanita ayu? tanya Nabi Musa a.s. terkejut. Saya takut mengatakannya. jawab wanita cantik. Katakanlah jangan ragu-ragu! desak Nabi Musa.Maka perempuan itupun terpatah bercerita, Saya.... telah berzina. Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai...tewas( mati), ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, Perempuan bejad, enyah(pergi) kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya.Nabi Musa terperanjat. Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu? Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu? Ada jawab Jibril dengan tegas. Dosa apakah itu? tanya Musa kian penasaran. Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalanketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy

Friday, July 10, 2009

sabtu yg malas

ntah mengapa sudah sekian kalinya...baru hari ini hati aku terbuka untuk membuat blog sendiri..mungkin dah jemu membaca blog orang lain barangkali...ntah la..hanya tuhan yang tahu....
pagi ini..dengan sedikit kemalasan aku membawa kereta dengan kadar yang perlahan sekali..tak terkira rasanya bape kali orang menghon aku..arghh...hati aku..orag bukan tahu..sekali-sekala aku kena lah jaga menjaga perasaan sendiri.
aku sampai di opis cepat 15 minit...kalau aku bawak laju,sampai lambat..kalau aku bawak slow..punya lah awal aku sampai..ni lah namanya permainan minda..opis aku ni pun satu...tutup je lah opis kalau hari sabtu..ingat aku tak jeles ke tgk org2 gomen yang hanya bekerja 5 hari seminggu??sabtu2 begini lah kalau aku nak bawak anak2 berjalan ke..cuci mata ke...adess...adess...bising2 aku pun...hampir 7 tahun gak aku mengerah dan mencurah keringat serta idea...(idea lah sangat)
Sebenarnya hari ni aku bukannya ada kerja sangat..kerja Penang ..aku dah siap kan semalam..siap compile sekali...nak start buat Klang ari ni..terasa mcm malas..kejap lagu kul 11.30 aku nak gerak balik...ari ni Awin kawin..sempat rasanya aku sampai ke PD sebelum kul 2..alah..kalau lambat pun apa salahnya..janji aku datang..Nasib baik aku sempa beli hadiah semalam..kalau tak segan gak gi umah dengan tangan kosong..
Awin...kawin juga akhirnye ko yer..apa2 pun aku sebagai sahabat sentiasa mendoakan hanya yang terbaik buat ko..