Tuesday, August 11, 2009

Andai itu takdirnya


"Hidup tak selamanya menongkat langit.Yang hakiki akan tiba jua.Yang hidup akan mati.Itu hakikatnya dan waktu itu penyesalan,keinsafan sudah tidak berguna lagi.Bertaubatlah sebelum kita terlambat.Allah itu Maha Pengampun dan Maha mengasihani."


Itu lah bait-baik kata yang terselit dalam novel Andai itu takdirnya karya Siti Rosmizah yang begitu menyentuh perasaan ku..Kadang-kadang aku terfikir,mampukah aku untuk menjadi seseorang seperti Aleya,mmg betul aku tak boleh menjadi orang lain,kerana aku adalah aku..Tapi aku boleh menjadi yang terbaik dari yang terbaik..seperti kata Syed Azril.
Penulis novel "Andai itu takdirnya" mmg pandai bermain dengan hati dan perasaan.Walaupun ceritanya kedengaran seperti berulang-ulang,tapi ia mampu untuk membuatkan hati kecil ku menangis sekaligus membawa aku masuk ke alam Leya.Alam di mana Leya tamat belajar,mula bekerja di SA holding,bercinta dengan Syed Azril yang mmg diminatinya dari sejak menuntut di Universiti of Warwick,united Kingdom dan berkahwin secara terpaksa dengan Syed Azril di mana bermulanya titik-titik hitam dalam diari hidupnya. Entah mengapa aku dapat merasakan betapa beratnya beban perasaan yang ditanggung oleh Leya.Ternyata penulis berjaya bermain dengan perasaan ku.
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya.Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi.Saya pekak kan telinga mendengar cemuhan masyarakat keliling"luahan Leya.
Sudah lama aku tak membaca novel sebegini..Tahniah ku ucapkan buat Siti Rosmizah.

No comments: